Memori lame selalu datang mase kite bersendirian, sebab tu kalau baru lepas putus cinte, frust menonggeng ke, jangan la duduk sorang2. Tapi kalau putus cinta ke, frust menonggeng tu boleh terima lagi sebab orang tu masih hidup menghirup udara penuh habuk, tak pon tengah gelak2 dapat tahu korang nangis2 teringat kat dia sampai tanak makan la apa semua.
Macam mana kalau insan tu pergi selama2nya??? Gambar & video yang jadik pengganti. Tak boleh nak stalk dia kat fesbuk, frenster, myspace & tagged semua. Dalam post ni memang saje aku nak sedih2 sket, sempena Hari Raya ke-10 ni. Walaupun raya berjalan macam biasa, tapi masih ada kekosongan, mungkin ambik masa yang lama untuk di isi. Boleh di isi ke?? Mungkin tak... You are the only one, no one can replace your place in our heart. Saat2 bulan puasa terasa kekosongan, kerusi makan masa berbuka biasanya kurang, tapi kali ni cukup2 je 6. Kadang2 aku rasa kau ada lagi, mungkin belum sampai rumah sebab main futsal, jogging atau keluar dengan kawan. Takde lagi orang yang bangun malam2 tido dekat ruang tamu sebab bilik panas sangat. Takde orang nak kacau Kak Yana, Moksu, Mokteh, sume. Takde lagi ayamas yang kau bawak balik masa bulan puasa.
Tiba malam sebelum 1 Syawal, ibu menangis masa semayang. Aku tahu, aku faham. Dua orang kesayangan dah takde, kau & atok mak. Pagi Syawal, bertambah sebak masa pergi ke kuburan. Dulu aku tak pernah rasa macam pergi ke kubur sekarang. Dulu, pergi kubur sebab nak tengok kubur je, tapi sekarang aku anggap macam nak pergi jumpe kau.
Al-Fatihah kepada Muhammad Izzar Amir bin Abu Rahim, Abd Ghani Othman, Azizah bte Abu Bakar, M. Rajoli & para muslimin & muslimat serta nabi junjungan, Muhammad S.A.W.
5 comments:
jangan terlalu bersedih....
nanti ibu lagi sedih....
sedekahkan al fatihah dan surah yassin untuk dia...
itu yang termampu kita buat selagi kita hidup di dunia ni...:)
thanx cik huj@n.... kite org sentiase wat utk arwah...
kuatkan semangat
encik,sile besarkan font bole? nk muntah aku bace entry ni. haha
xble la, tu seni
Post a Comment