Mase aku sekolah rendah dulu, ade sorang mamat ni name die Budin. Tapi Budin ni tak macam budak2 normal lain (cet, bukan len sangat pon). Budin ni ade macam cacat sikit kat tangan kanan die (kalau tak silap aku la), jadik di sebabkan fizikal die yang tak sempurna ni, secara automatik die terpakse rela la jadik bahan buli kat sekolah.Opssss.... sebelum tu aku tak termasuk dalam golongan orang yang buli die ok (aku serius ni).
Budin ni pon satu hal jugak, dalam kelas tu (aku dengan die tak same kelas, membe yang cerite) cekgu bagi die duduk sorang2 je kat hujung kelas. Nak tau kenape?? Ade ke patut si Budin ni pegi kencing dalam kelas. Adoiyai... Budin... Budin... Bagi aku tak patut la cekgu buat camtu kat die, tapi aku rase dari segi rasional nye, mungkin untuk kebaikan budak2 lain kot (korang nak ke duduk kat budak kencing dalam seluar?).
Mase aku sekolah tu pulak, memang ade samseng kampung dok bertapak dalam sekolah tu (budak2 baru nak up), so yang jadik mangse kompem2 la si Budin ni. Kalau setakat kene sepak terajang ni aku tengok perkare biase je, kene siram ngan air, kene ludah... Ish3.... Kesian aku tengok Budin, pasal die tak berape nak normal budak2 buat die macam tu. Kalau tengah beratur nak naik bas tu pulak si Budin ni dah beratur kat depan, tetibe bas datang trus geng samseng kampung potong Q, siap kene tendang sedas due lag.
Bile dah besa ni, jarang la aku jumpe Budin, last aku jumpe mase berbuke kat Radix Fried Chicken, time tu aku nampak Budin tengah beratur nak beli mknn bukak pose. Siap pakai baju Mydin lag. Bagus la Budin, walaupun ko tak macam orang lain, ko tetap lagi nak bekerja. Bukan macam mamat/minah yang cukop sifat tapi PEMALAS NAK MAMPOS nak keje.... Gud luck Budin.... Semoge berjaya dalam hidup kau....
4 comments:
kesian kat budin :(
btol2... kesian die...
citer ni blh wat masuk wayang
takut jadik bok opis je
Post a Comment