Sebenarnya dah lama aku dengar pasal saman ekor ni tak sah. Sebab cara kita di saman tu tak clear. Jangan kata orang lain, aku sendiri pon tak tau yang saman ekor ni tak sah. Sebab tu la aku pelik, nape la orang yang kene saman ekor ni tak masuk-masuk mahkamah.
Lepas aku buat sikit kajian, bace akta tu, akta ni baru la aku paham. Di campur pulak dengan video yang bakal aku upload nanti (cilok fesbuk). Memang betul apa yang peguam tu cakap. Kalau betul polis@jpj nak saman, dia orang kene la buat melalui cara yang betol. Sebenarnye aku pon pelik jugak pasal saman ekor ni, (dulu-dulu) aku terfikir jugak, orang yang kene saman ekor ni betol-betol ke buat salah? Orang yang kene bagi 'surat cinta' dengan polis@jpj ni betol-betol ke bersalah?
Dari pemahaman aku la, seseorang tu tak boleh di sabitkan bersalah selagi dia tak di bicarakan dan di putuskan hukuman, sebab tu la kalau dapat 'surat cinta' polis@jpj tu, dia orang akan tulis kalau tak bayar sekian-sekian masa, kita boleh di bawa ke mahkamah. Aku sendiri pon kalau kita dengar 'mahkamah' dah rase cuak. Mungkin ni lah mentaliti aku dulu. Dulu ye, sekarang tak lag. Hehehe....
Kat sini aku nak ingatkan lah, sebenarnya kalau kita di tuduh melakukan kesalahan, jangan takut, sebab apa, kita baru di tuduh sahaja. Kalau kita tengok dekat berita, mesti muka tertuduh tu kene blur, dia orang bukan suka-suka blurkan muka tu, tapi untuk tujuan yang baek jugak. Contah la kan, kalau tak blur kan muka tertuduh, tiba-tiba mahkamah buat keputusan si tertuduh tak bersalah, kan dah terjejas maruah dia. Lagi satu pulak, kalau tak blurkan muka, lepas tu si tertuduh tak bersalah, si tertuduh boleh saman media yang siarkan gambar dia. Mana aku tau semua ni? Aku baca dalam blog mazidul akmal sidek.
Aku rasa lepas ni semua rakyat Malaysia kene belajar sikit pasal undang-undang dengan tujuan supaya kita tak diperkotak-katikkan oleh orang-orang 'yang mungkin tau pasal undang-undang'. Rajin-rajinkan belek buku undang-undang yang tebal tu.
ps:ada satu kejadian tu, aku pergi masuk satu universiti ni, pak gad ni pon suruh aku pergi pondok pengawal, masa aku keluarkan lesen pak gad tu sound aku 'Dik, IC takde ke?', aku pon jawab 'Encik, bukan IC saya ni orang laen tak boleh pegang ke?'. Pak gad tu dengan kompiden jawab 'Bende tu baru masuk tv, belom kompem pon lagi'. Hmmmm.... Aku yang bebal atau pak gad tu yang bongok, dungu, bahalol, bengong, bodoh, lembu, unta, keldai.............
2 comments:
aku dh nk dekat sethn kena saman ekor dgn JPJ,dh kuar masuk JPJ berkali²,tapi masih xder jwpanya,nama dh black list tapi nk byr saman xboleh....mmg cam hampehh...
aik, yeke?? kalau macam tu boleh bagitau kat KASE, kalau ade facebook, add je KASE, KASE boleh membantu. Banyak cara nak lawan JPJ ni tapi mungkin sebab kita tak tau undang2 sangat, tu yang senang sangat kene tipu. Mungkin saman ekor yang lepas2 ni tak kan di kira sebab di buat melaului cara yang tak sah, kalau betol, Alhamdulillah..... :)
Post a Comment